Malaysia tersungkur kepada penalti saat akhir Pakistan
IPOH – Kesilapan 18 saat akhir perlawanan menyaksikan skuad Malaysian Tigers tumbang 4-5 kepada Pakistan dalam Kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah sebentar tadi.
Kesilapan benteng negara menyebabkan Pakistan dihadiahkan pukulan penalti yang disempurnakan oleh Abu Bakar Mahmood.
Pada perlawanan hebat dan menarik itu anak Bush Sarjit Singh hilang tumpuan di minit-minit akhir perlawanan.
Sebaliknya mereka terikut rentak penyokong hingga melakukan kesilapan yang menyebabkan pengadil memberikan pukulan penalti stroke itu. Kedudukan ketika itu 4-4.
“Jika pemain tidak terikut rentak penyokong dan terus bermain seperti biasa saya yakin kita tidak akan kalah,” katanya di sini hari ini.
Sarjit bagaimanapun akur dengan kekalahan itu sambil menyifatkannya sebagai proses belajar.
“Semoga pemain belajar daripada kekalahan ini,” katanya.
Pada perlawanan tadi kedua-dua pasukan terikat 1-1 di suku pertama.
Sufyan Khan membuka jaringan pada m-9 tetapi Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal membalas di minit 13.
Azrai menyumbang dua gol selepas itu untuk menjadikan kedudukan 3-1, tetapi Sufyan merapatkan jurang diikuti gol Zikriya Hayat untuk me Adam kelebihan Malaysia.
Shello Silverous meletak Malaysia dihadapan kembali pada m-59 tetapi Sufyan menyamakan kedudukan 4-4 melalui pukulan sudut penalti diikuti gol kemenangan melalui penalti stroke yang membunuh semangat kem Malaysia. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source