“Kita Jumpa Depan Depan” – Caprice Cari Lelaki Beri Komen Biadap, Panggil Anak ‘D*jjal Kecil’
Penyanyi rap Caprice meminta orang ramai membantunya untuk menjejaki seorang individu yang telah memberikan komen jelek dan mengutuk bayinya yang baru lahir.
Nak jumpa depan depan
Menerusi Instagram, Caprice memuat naik tangkap layar komen-komen biadap itu dan turut mendedahkan wajah serta akaun media sosial lelaki berkenaan.
Salam. Bab anak is the limit. Harap you or your family members nampak video dan cari Cap esok atau lusa kita jumpa depan-depan.
Berdasarkan hantaran itu, lelaki berkenaan telah memberikan komen buruk dan menghina bayi terbabit dengan menyamakannya seperti binatang malah turut memanggilnya ‘dajjal kecil’.
Bakal jumpa
Bagaimanapun, menerusi satu hantaran di Instagram story Caprice memaklumkan bahawa abang kepada lelaki berkenaan telah menghubunginya dan bersetuju untuk bersua muka dengan penyanyi tersebut dan isterinya, Fara Inalis.
Dalam pada itu, ramai yang menghentam lelaki berkenaan di ruangan komen hantaran tersebut kerana membabitkan bayi yang tiada kena mengena dan tidak bersalah. Malah ada yang menyarankan agar Caprice membuat laporan polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memberikan pengajaran kepada lelaki terbabit.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source