Farah Ain sasar layak Komanwel 2026
JUARA dunia boling padang, Nor Farah Ain Abdullah menyasarkan berada sekurang-kurangnya pada kedudukan kelima dalam Asia, sekali gus melayakkan diri untuk beraksi di Sukan Komanwel 2026.
Baru-baru ini, atlet berusia 23 tahun itu berjaya merangkul gelaran juara dunia selepas memenangi pingat emas pada Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024 di Guernsey.
Farah Ain menang mudah dalam acara perseorangan wanita apabila berjaya menundukkan wakil dari Malta, Connie Rixon dengan kemenangan straight-set 6-2, 6-3.
Beliau turut membantu skuad negara meraih gangsa dalam acara berpasangan campuran bersama Izzat Shameer Dzulkeple, sekali gus membolehkan Malaysia meraih masing-masing satu emas, perak dan gangsa untuk muncul juara keseluruhan pada kejohanan berkenaan.
“Sekarang saya ingin kekal fokus dengan latihan dan berharap dapat kekalkan konsentrasi semasa perlawanan.
“Bagi saya kemenangan baru-baru ini meningkatkan lagi semangat untuk saya memikul tanggungjawab lebih besar dalam kejohanan akan datang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Seterusnya, Farah Ain dan skuad negara berkemungkinan menyertai kejohanan yang dijadualkan berlangsung pada Julai di Hong Kong dan kini sedang menjalani latihan seperti biasa.
Terdahulu, pemain kelahiran Kuala Selangor itu juga pernah melakukan debut di kejohanan antarabangsa dengan meraih pingat emas Kejohanan Asia dalam acara empat berpasukan wanita pada Mac lalu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source