“Itu Satu Titik Hitam Tak Dapat Saya Lupakan Sampai Bila-Bila, Saya Trauma”
Tampil memohon maaf secara terbuka kepada Bella Astillah di Melodi, pelakon sensasi, Ruhainies berkata dia mahu berdamai serta tidak ada sengketa dengan isteri Aliff Aziz.
Menurut Ruhainies lagi, dia mempunyai sebab tersendiri mengapa tidak memberikan kenyataan sebelum ini dan tidak mahu berlaku perbalahan di media sosial.
BACA: “Kenapa Sekarang? Kenapa Bukan Masa Kes Khalwat?” – Didi Astillah
“Mungkin sudah lama saya tidak bagi kenyataan kerana I have my own reason. Kita masing-masing dah matang dan saya tidak mahu ada apa-apa perbalahan terutama di sosial media. Kalau ada masalah kita berbincang, tapi itulah.
“Dan sekarang, saya rasa saya dah tidak boleh delayed. Saya nak berdamai dan tak nak ada apa-apa sengketa dengan Bella Astillah dan dengan sesiapa pun. Dan saya ingin meminta maaf secara terbuka dalam isu ni,” katanya.
Sementara itu, Ruhainies berkata dia sememangnya berniat untuk tampil memberikan kenyataan namun menunggu masa sesuai dan selepas kejadian ditangkap khalwat dia berada dalam keadaan trauma.
“The reason why baru sekarang saya nak tampil bukan sebab saya risau ke apa.. saya memang berniat long time ago… Dan saya menunggu masa yang sesuai untuk beri kenyataan kerana saya tidak mahu apa yang keluar dari mulut saya dimanipulasikan.
“Masa situasi (isu khalwat) berlaku, saya masih dalam keadaan terkejut dan itu adalah salah satu titik hitam yang tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila. Saya trauma.
“Few weeks tu saya ada hubungi Bella, tapi dia tak reach dan saya tidak mahu mendesak kerana saya juga faham the situasition. Dia marah takkan lah saya nak keep pushing her,” katanya.
Dalam pada itu, Ruhainies mengakui khilafnya dan tiada pendedahan dibuat olehnya kerana kelak tidak akan ada kesudahannya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source