Dubai labur RM166 bilion bina lapangan terbang terbesar dunia
ABU DHABI: Dubai bakal memiliki lapangan terbang terbesar di dunia selepas pemimpinnya, Sheikh Mohammed Rashid al-Maktoum meluluskan peruntukan berjumlah 128 bilion dirham (RM166 bilion).
Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Maktoum mampu menampung kapasiti 260 juta penumpang dan mempunyai saiz lima kali ganda lebih besar daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai.
Pembinaannya turut merangkumi 400 pintu terminal dan lima landasan mendarat.
Beliau berkata, semua operasi akan berpindah ke lapangan terbang baharu itu dalam beberapa tahun akan datang.
“Lapangan terbang itu akan menjadi lokasi utama penerbagangan utama Emirates dan syarikat penerbangan tambang rendah, Flydubai dengan kesemua rakan kongsi syarikat penerbangan yang menghubungkan Dubai ke seluruh dunia,” katanya lapor Reuters.
Sementara itu, Presiden Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Dubai, Sheikh Ahmed Saeed Al Maktoum berkata, fasa pertama projek itu akan siap dalam tempoh 10 tahun, dengan kapasiti 150 juta penumpang setiap tahun.
Jelasnya, langkah itu dilihat mengukuhkan lagi kedudukan Dubai sebagai hab penerbangan terkemuka di pentas dunia.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source