Selangor muncul juara Piala Cabaran Asia
PETALING JAYA – Selangor akhirnya menjulang Piala Cabaran Asia selepas mencatatkan kemenangan kedua dengan menewaskan kelab Laos, Young Elephants 4-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.
Bintang import baharu Selangor, Alvin Fortes jelas menghadirkan kelegaan buat pengendali pasukan, Nidzam Jamil apabila terus menyinar selepas meledak gol pembukaan perlawanan seawal minit kesembilan.
Situasi itu meletakkan tuan rumah makin selesa untuk mempamerkan aksi lebih baik dan Selangor mula mendapat rentak sebenar apabila memaksa Young Elephants menumpukan lebih perhatian kepada tugasan bertahan.
Minit ke-35, Red Giants makin selesa apabila ketua pasukan, Safuwan Baharudin meledak gol kedua.
Selangor hanya memerlukan lapan minit di babak kedua untuk menambah jaringan menerusi Faisal Halim.
Selepas mempersiakan banyak peluang, minit ke-74, pemain skuad Bawah 23 Tahun (B-23), Syahir Bashah turut merakam namanya selaku penjaring sekaligus mengesahkan kemenangan mutlak buat Selangor.
Untuk rekod, pertandingan pra musim ini dianjur buat kali pertama pada 2020 dengan menampilkan empat pasukan iaitu Selangor, Bangkok United (Thailand), Hanoi FC (Vietnam) dan Persib Bandung (Indonesia).
Ketika itu, Bangkok United muncul juara selepas mengatasi cabaran Selangor 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source