Sekolah disaran manfaat pindaan Garis Panduan Lawatan Murid
GEORGE TOWN – Semua sekolah disaran agar memanfaatkan sepenuhnya pindaan terhadap Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dikuatkuasakan sejak pertengahan tahun lalu.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ia bertujuan membolehkan lebih banyak program pengajian di luar kelas diadakan melibatkan pelajar-pelajar.
“Jadi, saya harap selepas ini, sekolah-sekolah boleh susun semula aktiviti mereka khususnya ke tapak-tapak warisan UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu), sebagai contoh.
“Ia bagi menyemarakkan lagi agenda kita iaitu bagi memastikan mereka (murid dan pelajar) juga mengikuti pengajian (yang seimbang termasuk) di luar kelas,” katanya.
Fadhlina yang juga Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) berkata demikian semasa mengadakan lawatan kerja ke Rizab Biosfera UNESCO, di Bukit Bendera, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, dengan adanya pindaan terhadap garis panduan terbabit juga, para guru boleh merancang jadual lawatan yang lebih baik untuk murid atau pelajar mereka.
“Sebelum ini setiap sekolah dalam setahun hanya ada dua kali sahaja (lawatan luar bilik darjah). Tapi, apabila kita buat pindaan tahun lepas, maka setiap anak murid ada dua kali (lawatan yang sama). Banyak bezanya di situ.
“Kita nak supaya lebih ramai anak kita ikuti pengajian di luar kelas seperti ini agar perspektif, pengalaman serta kemahiran mereka bertambah,” kata beliau.
Tambah Fadlina, selain Pulau Pinang, program seumpama itu juga telah diadakan di Melaka sebelum ini dan akan diteruskan di Sabah dan Sarawak tidak lama lagi. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source