Media arus perdana masih sumber utama paling dipercayai – Azam Baki
KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menyifatkan media arus perdana sebagai sumber utama yang perlu dipercayai dan diyakini dalam menyampaikan berita khususnya berkaitan siasatan dijalankan agensi penguatkuasaan.
Pada masa sama, Azam menasihatkan masyarakat untuk tidak mempercayai berita tular yang dikongsikan di platform media sosial kerana bahan dikongsikan tidak ada kesahihan fakta
“Ini kerana kelompok media arus perdana terdiri daripada kumpulan pengamal media yang profesional, terlatih, berlesen dan berautoriti. Jadi penyampaian berita yang dihasilkan itu berpandukan kepada sumber yang sahih.
“Media arus perdana turut memainkan peranan yang signifikan dalam menangkis penularan berita-berita palsu yang disebarkan di media sosial dan jangan pula menjadikan berita tohmahan di media sosial yang tidak dapat dipastikan kesahihahnya sebagai berita di arus perdana,” katanya ketika berucap di Majlis Anugerah Media SPRM 2023 di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Azam berkata, SPRM turut bergantung kepada media bagi memastikan segala informasi dan mesej antirasuah dapat disampaikan ke setiap lapisan masyarakat di negara ini.
Ia termasuklah di agensi kerajaan, swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pusat pendidikan dan juga masyarakat di setiap program, operasi atau aktiviti yang dijalankan.
“Rasuah pula merupakan jenayah yang ‘unik’ sifatnya. Penjenayah-penjenayah rasuah pada masa kini semakin licik dan berpengetahuan dalam mengatasi kelemahan undang-undang sedia ada.
“Era dunia tanpa sempadan dan perkembangan pesat teknologi maklumat, menyebabkan tugas membanteras rasuah semakin mencabar dan bertambah kompleks,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source