[VIDEO] Tragedi helikopter TLDM: Tiada lagi Fennec lalu ruang udara Bukit Kepong
SEGAMAT – “Tiada lagi kelibat helikopter Fennec lalu di ruang udara kampung kami Bukit Kepong selepas ini.”
Itulah luahan Shahril Tukimin, 42, salah seorang rakan kepada mangsa nahas helikopter Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Komander Mohamad Amir Mohamad, 44.
Menurut Shahril, Allahyarham Mohamad Amir merupakan rakan sekampungnya yang dikenali sejak zaman hingusan lagi di bangku sekolah.
“Saya masih ingat lagi setiap kali dia perlu melintas ruang udara kampung kami, dia akan hantar mesej di kumpulan WhatsApp memberitahu dia akan terbang tidak lama lagi.
“Kami semua berasa teruja dan berlari keluar di pekarangan rumah untuk merakam video dan melambai ke arahnya yang berada di ruang udara menaiki Fennec yang terlibat dalam nahas tersebut.
“Selepas ini, kami akan merindui kelibat helikopter Fennec dan sudah semestinya tiada lagi mesej darinya memberitahu akan melintasi ruang udara kampung kami,” katanya ketika di temui di Felcra Bukit Kepong, di sini hari ini.
Tambah Shahril, kali terakhir dia bertemu Mohamad Amir adalah pada Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Isteri kepada Shahril, Suhana Surahmat, 42, berkata, sudah menjadi tradisi suaminya serta Allahyarham Mohamad Amir untuk bertemu dua tahun sekali sewaktu hari raya.
“Apabila mengetahui Amir terlibat dalam nahas semalam, suami saya berderau darah, gigil tangan kerana terlalu terkejut.
“Pada masa mula-mula tengok video nahas itu dia tidak rasa apa-apa tetapi selepas rakan-rakannya kongsi di ‘group whatsapp’ barulah kami semua tahu Amir terlibat dalam nahas itu,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source