MB Perlis serah siasatan kes anak lelaki kepada SPRM
KANGAR – Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli menyerahkan sepenuhnya siasatan melibatkan anak lelakinya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mohd. Shukri Ramli berkata, beliau akan menjelaskan mengenai perkara itu lebih lanjut esok.
“Saya terima berita ini daripada SPRM dan serahkan kepada budi bicara SPRM. Terima kasih. Esok saya jawab dalam dewan, hari ini setakat itu saja,” katanya ringkas kepada pemberita di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas isu penahanan reman anak lelakinya oleh SPRM pada pagi tadi bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu projek pembangunan.
Terdahulu, SPRM menahan reman enam individu kerana disyaki mengemukakan tuntutan hampir RM600,000 menggunakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi kerja baik pulih, penyelenggaraan, perkhidmatan dan pembekalan melibatkan Pejabat Menteri Besar Perlis.
Perintah reman selama dua hari bermula hari ini hingga 25 April dikeluarkan oleh Majistret, Ana Rozana Mohd. Nor ke atas suspek selepas SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Kangar, Perlis pagi tadi.
Menurut sumber, setakat ini empat pemilik perniagaan termasuk salah seorang adalah anak Menteri Besar serta dua penjawat awam dipercayai terlibat mengemukakan sejumlah tuntutan palsu.
Tuntutan itu bagi kerja naik taraf serta baik pulih infrastruktur awam bernilai hampir RM590,000 dan juga pembekalan air mineral bernilai hampir RM20,000. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source