“Lambaian Penuh Makna..” – Tragedi Pertembungan Dua Helikopter Tinggalkan Kesan Besar, Hantaran Terakhir 503 Squadron Memilukan Hati
Awal pagi hari ini, negara dikejutkan dengan kejadian pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90. Dalam tragedi itu, seramai 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang disahkan maut.
Hari ulang tahun TLDM ke-90
Terbaru, tular di media sosial perkongsian Facebook 503 Squadron pada 19 April lalu menunjukkan dua pesawat HOM-AW139 membabitkan sembilan kru udara dan 11 juruteknik ke Lumut, Perak.
Mereka dijadualkan menyertai Lintas Hormat di KD PELANDOK sempena perbarisan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pada 27 April 2024.
Manakala, demonstrasi udara di Hari Terbuka Armada dijadualkan pada 3 hingga 5 Mei 2024 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.
Paling menyedihkan, salah satu gambar menunjukkan sebahagian kru yang tinggal memberi lambaian terakhir buat dua pesawat berkenaan.
Di ruangan kapsyen, admin atau pengendali laman Facebook berkenaan menulis, “Lambaian penuh makna daripada sebahagian kru yang tinggal, selepas ini mereka mungkin boleh balik awal selalu? Entah, min masih mampu bersangka baik”.
Difahamkan, pasukan itu diketuai Pegawai Memerintah Skuadron 503, Komander Muhammad Firdaus Ramli, yang turut menjadi juruterbang sebuah daripada helikopter tersebut.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source