Tragedi yang amat malang – Panglima ATM
PETALING JAYA – Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman menyifatkan tragedi dua buah helikopter bertembung di Pangkalan TLDM Lumut, pagi ini adalah satu tragedi malang.
Insiden pada pukul 9.32 pagi itu membabitkan Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan helikopter Fennec TLDM ketika menyertai raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 telah mengorbankan 10 anggota tentera.
“Bila tragedi sebegini berlaku, kita memang berasa amat sedih. Ia satu (tragedi) yang amat malang.
“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga semua mangsa. Dan lazimnya, kita akan tubuhkan lembaga penyiasatan,” katanya ditemui selepas Majlis Pelancaran Combat Shooting Club and Combat Adventure Fields di KL Base, di sini, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan pesawat HOM yang dinaiki tujuh kru terhempas di Stadium TLDM Lumut, manakala pesawat Fennec yang membawa tiga lagi individu terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.
Menurut TLDM, Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian akan ditubuhkan.
Sehubungan itu, pihaknya memohon orang ramai tidak menularkan video kejadian yang berlaku demi menjaga sensitiviti keluarga dan proses penyiasatan.-KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source