Datuk Red Beraya Dengan Isteri Pertama Syawal Ketiga, Berlaku Adil Sebagai Suami
Usahawan Datuk Red berkata dia pulang beraya bersama isteri pertamanya, Datin Red pada hari raya ketiga dan sentiasa bersikap adil terhadap dua isterinya.
Memetik mStar Online, Datuk Red berkata ianya tidak ketahui umum kerana Datin Red tidak suka berkongsi di media sosial dan kasih sayang diberikan kepada kedua isterinya adalah sama rata.
BACA: Datuk Red Harap 2 Isteri Tarik Semula Permohonan Cerai
“Sebenarnya pada raya ketiga saya dah pulang ke rumah isteri petama (Datin Red), cuma dia tak suka bergambar, malah saya ada jumpa anak-anak.
“Sebab tu saya cakap, dengan Adira cara saya lain dengan isteri pertama lain, tapi tak boleh nilaikan saya hanya dari cerita di media sosial sahaja, kasih sayang saya pada mereka sama berat,” katanya.
Sementara itu, Datuk Red berkata isu antara Datin Red dan madunya, Adira sudah pun selesai dan sebagai ketua keluarga dia bertindak menegur kedua-dua pihak.
“Saya juga ada tegur-tegur isteri-isteri saya, biar pun tiada kekuatan menganggung mereka dari segi kewangan tapi saya masih jalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk menegur mereka,” katanya.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source