Mia Sara Restu Ayah Nikahi Rakan Sendiri
Pelakon Mia Sara berkata dia menerima dengan hati terbuka keputuasn bapanya, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki kembali mendirikan rumah tangga.
Memetik BH Online, Mia berkata dia menyokong kedua ibu bapanya untuk mencari kebahagaian dalam hidup dan tidak ada masalah apabila bapanya berkahwin dengan Marcella meskipun jarak usia mereka 25 tahun.
BACA: Afdlin Shauki Rasa Bahagia & Tenang Lepas Kahwin
“Saya terima apa-apa perkara yang ibu bapa hendak buat untuk gembira. Saya ini siapa untuk cuba halang sesuatu. Iya, saya anak ayah. Tetapi saya tidak mahu ibu bapa tidak gembira,” katanya.
Menurut Mia lagi, dia yang juga rapat dengan Marcella berkata dia tidak menghalang perkara yang boleh menggembirakan ibu bapanya.
“Jika ayah saya gembira dengan kawan saya (isteri baharu), bagus untuk mereka. Saya tidak mahu halang semua ini. Saya fikir sama juga untuk ibu bapa saya.
“Kalau mereka ada tanggapan saya bergembira untuk mereka, maka, saya pasti mereka juga tahu saya ada tanggapan supaya mereka gembira untuk saya… Situasi menang-menang,” katanya.
Untuk rekod, Afdlin pernah mendirikan rumah tangga dengan Maria Christina Orow pada 1997, namun bercerai pada April 2022. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.
SUMBER: BH Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source