Perjuangan skuad B-23 kini berakhir
KUALA LUMPUR – Impian skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara untuk ke Sukan Olimpik berkecai apabila tewas 0-2 kepada Vietnam pada aksi kedua Kumpulan D Piala Asia B-23 di Stadium Antarabangsa Khalifa, sebenar tadi.
Ia adalah kekalahan kedua skuad kendalian Juan Torres Garrido selepas tunduk dengan jaringan sama kepada Uzbekistan pada perlawanan pertama.
Walaupun Vietnam lebih banyak menguasai permainan, skuad negara wajar mempelajari sesuatu daripada babak pertama terutamanya dalam aspek serangan selepas beberapa peluang terbaik yang dimiliki gagal disudahkan dengan baik.
Malaysia mempunyai lebih banyak gerakan merbahaya dan minit ke-22, tekanan yang dilakukan memaksa pertahanan Vietnam melakukan kesilapan namun Najmudin Akmal terlalu gopoh apabila sepakannya melambung tinggi.
Tuah lebih berpihak kepada Vietnam apabila memperoleh gol pendahuluan menerusi sepakan percuma Khuat Van Khang pada minit ke-39.
Minit ke-58, Ubaidullah Shamsul Fazili yang memberikan sepakan percuma ketika gol pertama lawan sekali lagi melakukan kesilapan untuk menghadiahkan penalti kepada Vietnam dan Vo Hoang Minh tenang melakukan sepakan bagi memastikan gol kedua.
Aksi yang dipamerkan pada babak kedua jelas berbeza dengan 45 minit pertama apabila pemain negara dilihat sukar untuk menembusi benteng lawan malah Vietnam juga dilihat begitu berdisiplin melakukan tugasan bertahan.
Untuk rekod, kali terakhir skuad negara layak ke Sukan Olimpik adalah pada edisi 1980. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source