Aliff Aziz Minta Maaf, Senyum Dalam Video Tak Sindir Sesiapa
Selepas sekian lama menyepi, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz dilihat ada memuat naik video di Insta Story memaparkan dia tersenyum sambil kenyit mata.
Menerusi perkongsian terbaru, Aliff berkata dia tidak berniat menyindir isterinya, Bella Astillah seperti didakwa segelintir pihak mahupun menyindir sesiapa.
BACA: Aliff Aziz Kongsi Video Kenyit Mata, Lirik Lagu Jadi Perhatian
“Assalamualaikum. Senyum tanpa niat untuk menyindir sesiapa dalam isu yang sangat penting juga diputar agar menampakkan seperti saya sengaja mempermainkan isu yang sedang memberi impak besar dalam hidup saya dan keluarga,” katanya.
Aliff berkata senyumannya dalam video itu untuk menunjukkan semangat dirinya dengan senyuman yang lama menghilang. Malah, dia memaafkan pihak yang mengambil kesempatan dengan mengeruhkan lagi keadaan.
“Saya maafkan semua yang mengambil kesempatan untuk keruhkan lagi keadaan. Saya hanya cuba untuk membuatkan diri saya berdiri semula dengan senyuman yang lama hilang.
“Saya juga minta maaf sekira dengan senyuman ini membuat ramai gembira dengan memutar belitkan perkara yang tidak ada asasnya. Semoga Allah ampunkan kita semua insyaallahuta’ala. Ameen,” tulisnya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source