“Tak Tahu Bila Lagi Saya Akan Hamil”
Impian pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian apabila mengalami keguguran di awal usia kandungan.
Memetik mStar Online, Elizabeth berkata keguguran itu memberikan kesan mendalam buat dirinya apatah lagi dia sudah bersedia untuk bergelar ibu.
BACA: Elizabeth Tan Menangis Teringin Ada Anak, Tapi Kena Cari Duit Tanggung Keluarga
“Sebenarnya saya mengalami keguguran anak pertama namun kehamilan saya masih berada pada peringkat awal lagi. Saya ke hospital dan disahkan bahawa kandungan sudah tiada lagi,” katanya.
Menurut Elizabeth lagi, keguguran berlaku pada bulan Februari lalu dan lebih menyedihkan dia sudah memberitahu keluarga serta tempat rapat mengenai kehamilannya itu.
“Pada mulanya saya tidak begitu terkesan ketika kejadian berlaku dua bulan lalu. Tak tahu bila lagi saya akan hamil dan sedikit sebanyak membimbangkan saya.
“Malah saya juga sudah berkongsi kepada keluarga dan rakan-rakan terdekat untuk mempunyai anak. Jadi perancangan itu terpaksa diubah kerana keguguran. Itu yang membuatkan saya sedih,” katanya.
Untuk rekod, Elizabeth berkahwin dengan lelaki pilihan hati, Siew Jim merupakan seorang doktor pada 21 Mac 2021.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source