Bekas guru dikurung scammer di Myanmar
KUALA LUMPUR – Percutian seorang wanita ke Thailand bertukar tragedi apabila terperangkap dan menjadi mangsa kepada sindiket pemerdagangan manusia di negara berkenaan.
Lebih memilukan, mangsa dikenali sebagai Sia, 25, yang juga bekas seorang guru di sebuah sekolah di Johor Bahru kini dikurung oleh sindiket scammer di Mywaddy, Myanmar.
Menceritakan detik malang yang menimpa wanita tersebut, ibu mangsa yang mahu dikenali sebagai Chai, 50-an berkata, pada 2 April lalu, anaknya telah ke Thailand untuk bercuti bersama seorang kenalannya.
Jelasnya, anak kedua daripada tiga beradik itu dikatakan telah diculik oleh sindiket pemerdagangan manusia ketika tiba di Thailand sebelum dibawa ke Myawaddy.
“Anak saya ke Thailand untuk bercuti bersama kenalan yang belajar di sebuah universiti di Taiwan. Bagaimanapun, selepas tiba di Thailand, dia telah ditidurkan oleh seseorang.
“Dia hanya menyedari dirinya berada di Myawaddy selepas mengemaskini lokasi menerusi telefon bimbitnya sebelum menghubungi kami (keluarga) di Malaysia pada keesokkan harinya (3 April).
“Walaupun dikurung oleh sindiket, namun anak saya masih boleh berkomunikasi dan kali terakhir kami bermesej adalah pagi tadi,” katanya pada sidang akhbar bersama Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) di sini hari ini.
Chai berkata, anaknya kini selamat walaupun dikurung oleh sindiket berkenaan dan tiada sebarang tebusan diminta oleh pihak sindiket setakat ini.
“Apa yang dia maklumkan kepada kami, dia kini ‘diajar’ oleh sindiket berkenaan untuk menjadi scammer. Dia juga ada maklum beberapa individu lain telah dipukul dan didera oleh ahli sindiket.
“Tetapi setakat ini anak saya tidak didera, mungkin dia masih baru dan dalam proses ‘pembelajaran’ untuk menjadi scammer,” katanya.
Mengulas lanjut, Chai berkata, anaknya itu telah berhenti menjadi guru sejak Mac lalu kerana masalah peribadi dan kesihatan.
“Dia hanya sempat menjadi guru setahun sebelum mengambil keputusan untuk berhenti. Pada masa sama, dia ada beritahu kami untuk mencari pekerjaan yang bergaji lebih lumayan.
“Dia juga berhasrat untuk bekerja di Thailand sebelum ini. Tetapi kami tidak menyangka dia akhirnya menjadi mangsa kepada sindiket pemerdagangan manusia di negara berkenaan,” ujarnya sedih.
Sementara itu, Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya akan memantau perkara berkenaan dan satu pasukan akan dihantar ke negara berkenaan bagi membawa balik mangsa ke Malaysia dalam masa terdekat.
Ujar beliau, ketika ini terdapat lebih 30 mangsa yang masih terperangkap dan dikurung oleh sindiket scammer di negara Myanmar dan usaha telah digerakkan untuk membawa pulang kesemua mangsa.-KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source