Amir yakin Azeem pecut bawah 10 saat
JURULATIH pecut, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah tetap meletakkan kepercayaan tinggi kepada bekas anak didiknya, Muhammad Azeem Fahmi untuk mencapai had kelayakan 10 saat (s) dalam acara 100 meter (m) di Sukan Olimpik Paris 2024 Julai nanti.
Biarpun prestasi pelari 19 tahun itu sewaktu Kejohanan Jemputan Tom Jones Memorial di Amerika Syarikat (AS) dilihat sedikit tenggelam dalam acara 100m dengan catatan 10.44 saat, namun Amir yakin Azeem mampu perbaiki masalah tersebut.
Tegas Amir, dia melihat teknik larian yang dipamerkan Azeem terutama pada 30 meter awal tidak begitu lancar kemungkinan disebabkan perubahan teknik larian baharu selain faktor sesi latihan bulan Ramadan menyebabkan prestasi Azeem menurun.
“Saya akui prestasi dipamerkan Azeem bukan yang terbaik tetapi mungkin saya melihat dari segi bulan Ramadan. Mungkin jurulatih beliau di AS ada buat sedikit perubahan.
“Tetapi apa yang saya lihat, teknik larian Azeem sedikit terganggu tetapi ia bukan satu masalah besar kerana tidak lama lagi Azeem mampu adaptasi dari segi pelaksanaan teknik larian baharu tersebut.
“Saya akui Azeem sedang memperbaiki masalah dari segi permulaan pelepasan dan kalau dia atasi secepat mungkin, saya yakin Azeem mampu kembali berada pada landasan sebenar.
“Apa pun, saya masih meletakkan keyakinan kepada Azeem dan percaya dia mampu layak ke Paris secara merit penghujung Jun ini. Walaupun masa semakin singkat, saya percaya Azeem mampu capai catatan terbaik 10s. Sama-sama kita doakan kejayaan Azeem,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Sebagai rekod, catatan peribadi terbaik yang dicatat Azeem adalah 10.09s dan merupakan rekod kebangsaan yang dilakukannya dalam Kejohanan Olahraga Bawah 20 Tahun Dunia di Colombia pada Ogos 2022.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source