Tanam padi huma di pekarangan rumah
MARANG: Seorang pesara kerajaan mengusahakan tanaman padi huma di pekarangan rumahnya di Kampung Tebakang di di sini untuk kegunaan sara diri seisi keluarga.
Alias Salleh, 70, berkat, dia mula menanam dua varieti padi iaitu tangkai langsat dan jarum galah bermula 24 November tahun lalu.
Menurutnya, dia berjaya memperoleh kira-kira dua kilogram padi untuk hasil pertama yang dituai pada Ramadan lalu.
“Buat permulaan, saya tanam 40 rumpun padi namun hanya 35 sahaja yang boleh dituai manakala lima rumpun lagi tidak menjadi akibat serangan serangga perosak.
“Hasil pertama ini saya jadikan benih untuk tanam lebih banyak rumpun padi bagi musim kedua tidak lama lagi (Mei depan) dan saya akan menanam lebih banyak kali ini untuk percubaan kedua,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Bapa kepada empat anak itu berkata, tujuannya menanam sendiri padi adalah untuk menampung keperluan sara diri keluarga selain mendapatkan bekalan beras yang organik dan bagus untuk kesihatan.
Selain itu, dia berkata, menanam padi juga adalah satu terapi buat dirinya yang mengimbas semula memori zaman kanak-kanak ketika tinggal di persekitaran sawah padi dan mengisi masa terluang selepas bersara.
“Zaman dahulu, boleh dikatakan semua orang pandai menanam padi untuk keperluan sendiri namun seiring kemodenan, ia semakin dilupakan dan generasi hari ini terpaksa bergantung hanya kepada pesawah komersil untuk mendapatkan bekalan.
“Bagi saya pula, projek menanam padi huma ini adalah sebagai eksperimen untuk membuktikan padi tidaklah begitu sukar ditanam.
“Padi huma yang saya tanam di pekarangan rumah ini sangat tahan lasak, tidak kira musim tengkujuh atau musim panas, masih mengeluarkan hasil yang memuaskan,” katanya – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source