Isak bantu Newcastle belasah Spurs
LONDON – Newcastle United kekal berada pada momentum terbaik selepas mencatatkan kemenangan selesa 4-0 ke atas Tottenham Hotspur di St James Park, sebentar tadi.
Keputusan itu mengekalkan rentak positif The Magpies yang kini kekal tanpa kalah dalam empat aksi terakhir Liga Perdana Inggeris manakala Spurs jatuh ke tangga kelima.
Kedudukan Spurs mungkin bertambah sukar sekiranya Aston Villa yang kini berkongsi 60 mata berjaya cipta kejutan ke atas pendahulu liga, Arsenal pada aksi yang berlangsung di Stadium Emirates, malam esok.
Spurs pastinya sukar untuk menerima keputusan ini memandangkan pengendalinya, Ange Postecoglou sedang bercita-cita untuk mendapatkan debut cemerlang dengan membawa pasukan kembali ke pentas Liga Juara-Juara musim depan.
Sekalipun statistik babak pertama lebih berpihak kepada Spurs dengan 67 peratus, tuan rumah jelas menjadi pasukan yang lebih efektif apabila mencipta 10 percubaan berbanding hanya lima buat The Lilywhites.
Anthony Gordon menjadi pemain paling menyerlah apabila mencipta bantuan kepada jaringan pertama menerusi Alexander Isak pada minit ke-30 sebelum pemain muda England itu menambah kelebihan, dua minit kemudian.
Kecemerlangan Isak berterusan dan hanya memerlukan enam minit di babak kedua untuk meledak gol ketiga selepas menyempurnakan umpanan Bruno Guimaraes.
Situasi makin mendesak buat Spurs hingga memaksa Postecoglou memasukkan tiga tenaga baharu, Pierre-Emile Hojbjerg, Pape Matar Sarr dan Dejan Kulusevski namun inisiatif itu seakan masih gagal membuahkan hasil.
Minit ke-87, sisa perjuangan Spurs akhirnya musnah apabila Newcastle memperoleh gol keempat menerusi tandukan tonggak pertahanannya, Fabian Schar. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source