Op Selamat 22: 35 kematian dicatat pada 1 Syawal
KUALA LUMPUR – Sebanyak 35 kematian dicatatkan pada 1 Syawal, bersamaan hari ketiga penguatkuasaan Op Selamat ke-22 oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersempena sambutan Aidilfitri 2024 seluruh negara.
Menurut Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Deputi Komisioner Datuk Mohd Nasri Omar, sebanyak 1,289 kes kemalangan direkodkan di seluruh negara, semalam.
Bagaimanapun, jumlah itu menurun sebanyak 342 kes berbanding 1,631 kes yang dicatatkan Selasa lalu.
Beliau berkata, 27 daripadanya merupakan kemalangan maut membabitkan 35 kematian.
“Daripada 35 kematian, 18 kes membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
“Sebanyak 10 kes kemalangan maut melibatkan kereta disusuli enam pejalan kaki dan seorang penunggang basikal,” katanya dalam kenyataan.
Mohd Nasri berkata, antara punca yang menyebabkan peningkatan kemalangan adalah pertambahan jumlah kenderaan pada musim perayaan.
“Ada juga yang mengekori kenderaan terlalu dekat dan bersikap terburu-buru ketika membawa kenderaan.
“Tidak kurang juga, kemalangan berlaku apabila ada pemandu cuai, cuba memotong walaupun keadaan tidak selamat atau mengantuk ketika memandu,” katanya.
Oleh itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya agar merancang dahulu pergerakan terutamanya bagi mereka yang terpaksa menempuh perjalanan jauh sempena Aidilfitri kali ini.
“Jalan raya bukan tempat untuk mengejar masa atau menunjukkan kehebatan pemanduan, tetapi satu medium penting untuk perhubungan dari satu lokasi ke lokasi yang lain.
“Jika perjalanan biasa sepatutnya tiga jam tetapi bertambah dari masa perjalanan biasa, maka perancangan semula perlu dibuat seperti ubah waktu pergerakan atau mengenal pasti lokasi lokasi yang perlu berhenti untuk berehat jika perlu menempuh perjalanan yang melebihi masa perjalanan biasa,” katanya.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan, PDRM melaksanakan Op Selamat 22 bertemakan bertemakan ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’ bagi memastikan kelancaran trafik serta penekanan pada pencegahan jenayah pecah rumah menjelang Aidilfitri.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, Op Selamat akan dilaksanakan bermula 8 hingga 13 April akan memastikan masyarakat dapat menikmati sambutan perayaan Aidilfitri dengan rasa selamat.- KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source