Pemandu pelancong maut ditimpa bongkah batu
IPOH – Seorang pemandu pelancong maut selepas ditimpa bongkah batu yang jatuh dari atas bukit di kawasan pelancongan di Taman Saikat, Gunung Rapat, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian itu pada pukul 11.30 pagi.
Katanya, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika lelaki tempatan berusia 44 tahun itu mengunjungi lokasi pelancongan tersebut bersama pelancong warga Vietnam.
“Semasa berada di lokasi kejadian, satu bongkah batu dianggarkan seberat lima kilogram telah terjatuh dan menimpa kepala mangsa.
“Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini, hari ini.
Menurut beliau, hasil pemeriksaan oleh pakar forensik daripada Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati punca kematian mangsa kerana kecederaan di kepala akibat ditimpa batu.
Katanya, pemeriksaan lanjut ke atas tubuh mangsa tidak menjumpai sebarang unsur jenayah.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ipoh di talian 05-2542222,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source