Manchester United, Liverpool sama ‘degil’
MANCHESTER – Kelab Manchester United mempamerkan semangat juang tinggi untuk mengikat seteru tradisi, Liverpool 2-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford sebentar tadi.
Pada perlawanan itu, skuad The Red Devils yang dikendalikan oleh Erik Ten Hag dilihat merombak kesebelasan utama dengan jentera serangan dikemudi Marcus Rashford, Rasmus Hojlund dan Bruno Fernandes.
Pasukan pelawat yang dibimbing oleh Jurgen Klopp pula membariskan kesebelasan terbaik dengan Darwin Nunez, Mohamed Salah dan Luis Diaz memacu serangan The Reds.
Seperti dijangka, Liverpool menguasai sebahagian besar perlawanan dengan melakukan beberapa siri serangan ke kubu United tetapi dikawal rapi oleh penjaga gol, Andre Onana.
Namun, kekebalan benteng pertahanan akhirnya bocor apabila Diaz berjaya meledak gol pada minit ke-23 hasil situasi sepakan penjuru.
Bersambung pada babak kedua, United memperkemaskan jentera serangan dan hanya perlukan lima minit untuk menyamakan kedudukan menerusi jaringan jarak jauh yang dilakukan oleh Fernandes.
Jaringan tersebut menaikkan semangat United untuk terus menggandakan asakan dan berjaya mendahului pada minit ke-67 dengan kini giliran pemain muda, Kobbie Mainoo menjaringkan gol gol cantik untuk menewaskan penjaga gol Liverpool, Caoimhin Kelleher.
Enggan mengibarkan bendera putih terlalu awal, Liverpool terus melakukan serangan dengan nasib akhirnya menyebelahi pasukan itu apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-84.
Sepakan tersebut itu disempurnakan dengan tenang oleh Salah untuk memastikan The Reds pulang dengan satu mata berharga.
Keputusan seri menyaksikan Liverpool kini kekal di tangga kedua dengan perbezaan jaringan selepas berkongsi 71 mata bersama pendahulu, Arsenal. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source