“Tindakan Bella Astillah Pasang ‘Recorder’ Dalam Kereta Adalah Bijak! Bukti Terbaik Untuk Digunakan Di Mahkamah” – Peguam
Seorang peguam bernama, Wan Azliana Wan Adnan berkata tindakan aktres Bella Astillah meletakkan recorder di dalam kereta suaminya, Aliff Aziz adalah tindakan yang bijak.
Pasang recorder satu tindakan bijak
Rakaman suara boleh dijadikan bukti terbaik suami nusyuz, curang atau tidak bertanggungjawab untuk digunakan di mahkamah.
Di mahkamah, sekadar beri keterangan suami curang, suami tidak bertanggungjawab memang tidak cukup. Perlukan bukti, beberapa saksi untuk menyokong dakwaan isteri mengenai dakwaan curang.
Tambahnya, isteri boleh mengemukakan dokumen seperti gambar, surat, rakaman CCTV dan rakaman suara dan ini semua boleh menguatkan lagi kes di mahkamah.
Tindakan wajar untuk cari bukti secukupnya
Wan Azliana turut berkata tindakan Bella untuk mencari bukti secukupnya bahawa suami curang lebih 10 kali adalah wajar untuk mendapat keadilan dan tuntut hak sebagai isteri.
Bella seorang yang sangat penyabar dan pemaaf walaupun dicurangi suami lebih 10 kali dan curang dengan adik ipar sendiri. Janganlah tuduh Bella buka aib suami.
Akhirnya dia bersuara untuk mempertahankan maruah diri sebagai isteri selepas dimalukan berkali-kali dengan isu suami curang dan ditangkap khalwat.
Ujarnya lagi, penggunaan alat perakam mahupun alat navigasi peta Global Positioning System (GPS) boleh dipersembah kepada mahkamah untuk pembuktian.
Di mahkamah, beba pembuktikan terletak di bawah yang mendakwa dan selagi bukti yang ada itu diperoleh dengan cara bukan haram, ia boleh digunakan.
Terdahulu, buat pertama kali Bella telah mendedahkan dia terpaksa meletakkan GPS dan alat perakam suara di dalam kereta suaminya kerana curiga apabila kelaki itu berubah sejak menjalani penggambaran bersama Ruhainies.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source