“Bila Hati Kita Dah Tertutup, Dah Tiada Perasaan…” – Enot Mahu Berjumpa Selesai Konflik, Didie Alias Akui Belum Terbuka Hati
Pelakon Didie Alias akui masih belum terbuka hati untuk berjumpa dengan Enot meskipun sahabatnya itu sudah memaklumkan dirinya bersedia untuk bertentang mata.
Konflik dengan Enot bukan keutamaan
Menurut Didie yang juga seorang usahawan itu tahun ini dia sibuk menguruskan beberapa perkara dan menganggap bahawa konflik di antaranya dan Enot bukan satu perkara yang perlu diutamakan.
Tambah pelakon berusia 52 tahun itu, dia tidak berhubung dengan Enot kerana tidak tahu jika sahabatnya masih menggunakan bombor telefon yang sama dan tinggal di mana.
Adakah dia masih berada di Malaysia? Atau berada di Australia atau Jerman? Saya tak tahu, dia pergi begitu saja.
Tak tahu akan berjumpa atau tidak di masa akan datang
Didie bagaimanapun berkata dia sudah memaafkan segala salah dan silap yang dilakukan Enot sebelum ini namun belum bersedia untuk berjumpa.
Namun kata Didie dia tidak tahu jika di masa akan datang adakah masih mahu berjumpa dengan Enot jika pelakon itu menyatakan hasrat untuk berjumpa.
Bila hati kita dah tertutup. Hati kita dah rasa macam takde perasaan, kita nak terima balik tu… Sekarang ni bukan mummy yang kena betulkan keadaan, diri kau sendiri yang kena betulkan diri kau.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source