Neelofa Syukur Bilal Minat Al-Quran, Hafal Surah Lazim & Permulaan Yasin
Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa meluahkan rasa syukur anak sulungnya, Muhammad Bilal menunjukkan minat mendalam terhadap Al-Quran.
Memetik Media Hiburan, Neelofa berkata minat anaknya terhadap al-Quran bukan secara paksaan sebaliknya kehendak Bilal sendiri.
BACA: Selepas Dua Tahun, Neelofa Hentikan Pengeluaran Produk Inai NunHa Serta Merta
“Alhamdulillah, mungkin itu rezeki dan anugerah Allah. Bilal memang minat dengan bacaan al-Quran tanpa ada paksaan, disuruh atau ditekan-tekan.
“Sejak dari kecil, sesiapa sahaja yang membaca al-Quran seperti abah atau neneknya, dia akan datang dekat. Bila orang solat, dia akan duduk dekat sambil mendengar. Mungkin itu adalah satu rezeki yang Allah berikan kepada dia,” katanya.
Sementara itu, isteri kepada pendakwah selebriti, PU Riz mengaku terkejut selepas Bilal turut menghafal beberapa ayat di dalam surah Yasin. Malah, Bilal juga dikatakan dapat menyambung apa-apa surah daripada juzuk 30.
“Disebabkan dia ada minat itu, apa-apa surah daripada juzuk 30, dia boleh sambung sebab dia ingat. Mungkin budak kecil mudah nak ingat sesuatu perkara. Surah kesukaannya adalah Wal Asr
“Yang paling saya dan suami terkejut baru-baru ini apabila Bilal hafal beberapa ayat pertama daripada surah Yassin. Itu dia sendiri yang hafal,” katanya.
Dalam pada itu, Neelofa berkata dia masih belum tahu sama ada akan mendedahkan wajah anak keduanya, Abdullah Abbas kini berusia lima bulan.
SUMBER: Media Hiburan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source