“Cinta Lokasi Normal, Jangan Kutuk Ruhainies”
Baru-baru ini pelakon sensasi Fathia Latiff mengulas mengenai kontroversi panas terpalit Aliff Aziz yang ditangkap khalwat dengan aktres Ruhainies sebelum Ramadan.
Menerusi perkongsian di TikTok, Fathia berkata cinta lokasi adalah perkara normal buat pengginat seni kerana terlalu mendalami watak dan ianya berlaku tanpa sengaja.
BACA: “Jangan Sampai Aku Keluar Agama” – Fathia Latiff Beri Amaran
“Saya nak buka cerita sikit pasal Bella Astillah, Ruhainies dan Aliff Aziz. Benda ini normal dalam industri hiburan sebab mereka terlampau menghayati watak.
“Apabila ‘termasuk’ dalam watak yang digalas, itu yang akan membuatkan mereka jatuh cinta namun perasaan tersebut berlaku tanpa sengaja atau tiada niat,” katanya.
Sementara itu, Fathia menegaskan dia tidak menyokong perbuatan menjalin hubungan di set penggambaran tetapi dia hanya berkongsikan kisah benar.
“Saya tak cakap apa yang mereka buat itu betul. Memang dari segi undang-undang salah, dari segi agama pun salah. Saya rasa Bella tertekan dan menangis disebabkan netizen. Saya juga rasa dia faham situasi dilalui Aliff, dia okey sebenarnya. Alhamdulillah, saya tengok Bella pun sekarang dah dapat banyak rezeki,” katanya.
Fathia turut meminta supaya berhenti mengecam Ruhainies serta menyamakan dengan situasi berlaku pada Aliff dan Ruhainies tidak jauh beza dengan apa terjadi pada dirinya.
“Walaupun kita tengok Ruhainies tersenyum, jangan kutuk dia kerana macam kes saya dulu pernah juga bercinta dalam set,” katanya.
Dalam pada itu, Fathia turut mengingatkan mereka yang bekerja dalam bidang seni atau sebagai pelakon perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan serta kena kuat dari segi mental.
“Kalau kau dan suami pelakon, kau kena tahan. Suami kau pelakon, kau kena tahan mental dan fizikal sebab kebarangkalian untuk jatuh cinta di lokasi itu sangat tinggi.
“Sampai tahap boleh tinggalkan isteri, jadi kita kena profesional. Cuma, ramai pelakon Malaysia hebat yang terlampau ‘in character’ tapi saya tak boleh. Saya jenis kuat cemburu, saya ada pengalaman buruk seseorang yang saya cinta buat hal apabila terjebak cinta lokasi,” katanya.
SUMBER: Hib Glam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source