Arif-Roy King ke separuh akhir
KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King meneruskan kemaraan pada Kejohanan Badminton Sepanyol Masters di Madrid selepas melayakkan diri ke pusingan separuh akhir.
Pada aksi suku akhir yang berlangsung sebentar tadi, Arif-Roy King dipaksa bermandi peluh sebelum memastikan kemenangan straight set 21-17, 21-17 ke atas beregu Perancis, Christo Popov-Toma Junior Popov.
Kedua-dua beregu yang turun dengan status sebagai pemain bukan pilihan menampilkan aksi cukup seimbang dalam kedua-dua set permainan, namun Arif-Roy King nyata bermain lebih tenang untuk memenangi set pertama.
Memasuki set kedua, Christo-Toma Junior menampilkan aksi lebih kemas dan mendahului permainan buat seketika sebelum Arif-Roy King kembali bangkit pada penghujung permainan dan seterusnya memenangi perlawanan.
Menanti beregu No.65 dunia itu di separuh akhir nanti adalah pasangan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani yang menewaskan William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer dari Denmark.
Sebagai rekod, pemenang acara beregu pada kejohanan Jelajah Dunia Super 300 itu akan membawa pulang hadiah wang tunai AS$16,590 (RM78,419) manakala juara perseorangan bakal meraih AS$15,750 (RM74,416). – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source