Aplikasi Think Quran ajar erti istiqamah
SHAH ALAM – Aplikasi pendidikan Think Quran membantu pengguna untuk terus istiqamah mempelajari patah perkataan bahasa Arab yang terkandung di dalam al-Quran dengan lebih efektif.
Pelajar jurusan pertukangan dan pembinaan, Muhammad Fitri Aizzuddin Mat Ariff, 28, berkata, ciri-ciri yang tersedia menerusi aplikasi tersebut memudahkan pengguna dari pelbagai peringkat umur untuk mengaksesnya.
“Ia sangat senang kerana kita akan belajar dalam satu skop yang kecil iaitu mengenali dan menguasai lima hingga 10 patah perkataan dalam masa 10 minit sahaja.
“Selain itu, teknik pengulangan dan latih tubi menerusi kaedah permainan juga sangat membantu pengguna untuk menghafal perkataan yang sudah dipelajari,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Think Quran merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Think Osem Sdn Bhd telah melancarkan kempen #FahamKhatamAlQuran bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan Karya Bestari pada 12 Januari lalu bagi menggalakkan orang ramai membaca dan memahami al-Quran.
Orang ramai yang berminat untuk menggunakan aplikasi Think Quran, boleh layari laman sesawang thinkquran.com untuk mula belajar secara percuma.
Tambah Muhammad Fitri Aizzuddin, aplikasi itu juga mempunyai perkongsian berkaitan hadis dan ayat al-Quran sebagai motivasi harian.
“Sehingga kini, saya pegang kepada satu hadis daripada Imam Al-Bukhari mengenai kebaikan mengajar dan mempelajari ilmu al-Quran untuk dijadikan sebagai amal jariah bagi mempromosi Think Quran kepada orang ramai.
“Terlalu banyak manfaat yang pengguna boleh dapat menerusi aplikasi ini dan saya harap umat Islam seluruh dunia memuat turun aplikasi ini dalam telefon bimbit mereka,” katanya.
Sinar Harian
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source