“Saya Kasihan Pada Bella, Simpan Kesakitan Bertahun-Tahun”
Penyanyi Wani Kayrie berkata dia bersimpati dengan nasib menimpa sepupunya yang juga penyanyi dan pelakon Bella Astillah susulan kontroversi rumah tangganya.
Memetik Kosmo, Wani berkata tiada apa mampu dia lakukan kerana tidak tahu mengenai ujian dalam rumah tangga serta mendoakan yang terbaik buat Bella.
BACA: Bella Astillah Terkejut Dakwaan Dia Rancang ‘Tangkap’ Aliff Aziz & Ruhainies
“Secara peribadi, saya enggan komen apa-apa walaupun saya tahu apa yang dilalui sepanjang program realiti, Famili Duo sebelum ini.
“Saya tiada hak bersuara sebab belum berkahwin dan tidak tahu turun naik dalam rumah tangga. Tapi, saya kasihan kepada Bella. Dia perlu hadap dan simpan kesakitan selama bertahun-tahun.
“Namun, saya tak boleh adili mana-mana pihak, sebab hanya dengar cerita sebelah pihak. Saya mesej Bella dan tak mahu kacau, harap isu rumah tangganya ini dipermudahkan,” katanya.
Sementara itu, Wani berkata dia tidak bertemu Bella ketika kontroversi melibatkan suami kepada sepupunya itu dan hanya berhubung menerusi telefon sahaja.
“Saya dan Bella bertemu dalam satu majlis, awal tahun ini. Tetapi, saya ada mesej pada hari jadinya, kebetulan tarikh hampir dekat dengan hari lahir saya juga. Hanya sekadar mesej ringkas mendoakan satu sama lain,” katanya.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source