Pusat beli-belah terkenal gajikan PATI diserbu
KUALA LUMPUR – Seramai 46 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen (JIM) menerusi Op Kutip di sebuah pusat beli-belah terkenal dekat Jalan Imbi, di sini hari ini.
Dalam serbuan bermula pukul 2 petang, mereka berusia 20 hingga 45 tahun ditahan susulan aduan orang awam berhubung kewujudan PATI yang sering menimbulkan kebimbangan di kawasan terbabit.
Tinjauan Kosmo! sewaktu operasi dijalankan mendapati terdapat beberapa warga asing bertindak melarikan diri ketika dihampiri penguat kuasa.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Jafri Embok Taha berkata, serbuan membabitkan premis perniagaan salun, kedai pakaian dan minyak wangi di aras dua dan tiga pusat beli-belah itu.
Menurutnya, mereka yang ditahan terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita warga Indonesia, lapan lelaki (Bangladesh), seorang lelaki dan sembilan wanita (India), tiga lelaki dan 13 wanita (Myanmar) serta enam lelaki dan dua wanita (Pakistan).
“Kita juga ambil tindakan ke atas majikan tempatan yang menggajikan PATI melibatkan seorang lelaki dan tiga wanita di bawah Seksyen 55B, Akta Imigresen 1959/63,” katanya pada sidang akhbar Op Kutip, di sini hari ini.
Dalam pada itu, katanya, kesemua PATI akan menjalani proses verifikasi di Ibu Pejabat JIM kerana kebanyakan mereka hanya memegang salinan dokumen sahaja.
“Kita akan minta majikan untuk bawa dokumen perjalanan yang asli dan mereka yang disyaki melanggar syarat akan ditempatkan di Depot Imigresen Buki Jalil untuk tindakan lanjut,” ujarnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pusat beli-belah terbabit merupakan antara 20 lokasi tumpuan (hotspot) warga asing dan PATI di sekitar Kuala Lumpur.
“Kami tidak akan berkompromi ke atas mana-mana pihak yang cuba bersekongkol atau bekerjasama dalam pembanterasan PATI di dalam negara ini khususnya di ibu negara,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source