Makan malam paling mahal berharga RM2.3 juta
BANDAR RAYA NEW YORK – Sebuah syarikat aeroangkasa dari New York menawarkan pengalaman makan malam paling mahal di dunia iaitu di angkasa lepas, lapor akhbar Mirror UK semalam.
Menurut SpaceVIP, ia akan membawa enam pengunjung menaiki kapal angkasa menyerupai belon dinamakan Space Perspective Neptune. Ia menelan kos sebanyak AS$495,000 (RM2.3 juta) setiap seorang.
Firma tersebut turut bekerjasama dengan cef bertaraf Michelin, Rasmus Munk dari Restoran Alchemist, Copenhagen, untuk mencipta pengalaman makan di luar Bumi.
Perjalanan selama enam jam yang akan dilancarkan pada 2025 dari Florida itu akan berlepas menggunakan Space Perspective Neptune. Ia akan naik perlahan-lahan sehingga ketinggian lebih daripada 32 kilometer.
Pengunjung yang menyertai makan malam itu akan dapat menikmati pemandangan luar biasa Bumi menerusi tingkap besar.
Firma fesyen dari Perancis, Ogier akan melengkapkan menyediakan pakaian khas kepada penumpang yang direka menggunakan teknologi dan fabrik canggih.
Munk berkata: “Keasyikan adalah penting kepada masakan holistik, dan cita-cita saya adalah untuk menggabungkan gastronomi dengan seni serta sains untuk mewujudkan kesedaran mengenai isu-isu sosial dan alam sekitar.” – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source