Korban serangan Moscow meningkat 133, suspek penyerang diberkas
MOSCOW – Angka korban serangan senjata api di sebuah dewan konsert dekat Moscow meningkat kepada 133 orang, manakala empat suspek penyerang telah ditangkap, lapor saluran berita CNN hari ini.
Serangan semalam ke atas Moscow merupakan yang paling berdarah dalam tempoh beberapa dekad dan berlaku kurang seminggu selepas Presiden Vladimir Putin memenangi pilihan raya Russia.
Beberapa saksi berkata, mereka terpaksa berpura-pura mati untuk menyelamatkan diri dalam serangan itu.
“Mereka(penyerang) berdiri di hadapan pintu keluar dan melepaskan tembakan.
“Saya merebahkan diri ke lantai dan berpura-pura mati, manakala wanita di sebelah saya mati ditembak,” kata seorang saksi kejadian di laman Instagram.
Putin menyalahkan Ukraine berhubung serangan itu hari ini.
Beliau mendakwa bahawa ‘laluan’ disediakan untuk kumpulan penyerang melarikan diri ke Ukraine.
Presiden Russia itu kemudian mengisytiharkan esok sebagai hari berkabung negara.
Dalam satu kemas kini hari ini, Jawatankuasa Siasatan Russia berkata, angka kematian meningkat kepada 133 orang.
“Semasa membersihkan timbunan runtuhan di dewan konsert Majlis Bandar Raya Crocus, angka korban didapati meningkat kepada 133,” kata jawatankuasa berkenaan dalam satu kenyataan.
Jawatankuasa sama memberitahu bahawa empat lelaki yang disyaki melakukan serangan itu ditangkap semasa cuba melintasi sempadan Russia menuju ke Ukraine.
Terdahulu, kumpulan pengganas Daesh mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu tanpa mengemukakan bukti untuk menyokong dakwaan mereka.
“Pasukan khas dan agensi penguatkuasaan undang-undang di rantau Bryansk, dekat sempadan Russia menahan empat suspek daripada kalangan mereka yang melakukan serangan pengganas di dewan konsert Majlis Bandar Raya Crocus,” kata jawatankuasa tersebut. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source