Kasih Bapa, Lelaki Maut Dirempuh Lori Selamatkan Anak Usia 8 Tahun Dari Kemalangan
Kasih bapa sepanjang usia, begitulah yang dapat diucapkan apabila seorang lelaki bergelar ayah terkorban gara-gara menyelamatkan anak perempuannya dari kemalangan jalan raya.
Kejadian tragis itu berlaku di Gombak di mana si bapa didakwa menolak anaknya ke bahu jalan sebelum dia dilanggar dan dirempuh sebuah lori.
Akibat rempuhan itu, lelaki itu menemui ajal di tempat kejadian.
Difahamkan, mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke rumah setelah mengambil anaknya daripada sekolah.
Sebuah kereta yang diparkir di bahu jalan tiba-tiba sahaja membukakan pintunya dan mangsa dan anaknya yang menunggang motosikal mengelak sebelum terbabas.
Si bapa kemudian sempat menolak anak perempuannya ke tepi jalan sebelum dirempuh sebuah lori yang turut melalui jalan yang sama, sekaligus membuatkan motosikalnya terbabas betul-betul di bawah kenderaan.
Mangsa yang berusia 39 tahun cedera parah pada kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.
Manakala anak perempuan mangsa dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan tangan dan dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source