Shakilla Khoriri Percaya Fizi Ali Jaga Ameena Dengan Baik
Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Shakilla Khoriri dilihat ada berkongsikan perkembangan mengenai anak tunggalnya, Ameena Sofia selepas ramai bertanyakan berikutan tiada kemas kini mengenai anaknya.
Menurut Shakilla, dia juga tidak mengetahui sama ada anaknya itu okay atau tidak kerana Ameena kini bersama dengan bekas suaminya, Fizi Ali sejak Jumaat lalu.
BACA: Shakilla Khoriri Menangis Anak Dah Pandai Tinggi Suara
Kata Shakilla lagi, sepatutnya semalam anaknya pulang namun dia memberi peluang untuk Ameena bersama dengan bapanya sehingga Jumaat ini.
Shakilla berkata lagi, dia melihat perkembangan Ameena menerusi Instagram Fizi serta berharap anaknya itu dalam keadaan baik. Malah, Shakilla percaya Fizi menjaga Ameena dengan baik.
“Umi pun tengok update pasal Ameena dekat Instagram daddy dia je. Other than that Umi tak tahu sebab takde update pun.
“Hopefully Ameena OK and sekolah macam biasa. Inshallah. Umi percaya daddy Ameena jaga Ameena THE BEST,” tulisnya.
Dalam pada itu, Shakilla turut memohon orang ramai supaya mendoakan agar perjalanannya, Ameena dan Fizi semakin baik walaupun masing-masing kini menjalani kehidupan sendiri.
“Doa yang baik-baik untuk perjalanan kami bertiga dengan kehidupan masing-masing yang lebih baik dan harmoni terutama Ameena Sofia kami,” tulisnya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source