Pelajar kolej vokasional maut dibelasah rakan asrama, 13 ditahan
LAHAD DATU – Seorang pelajar lelaki sebuah kolej vokasional ditemui mati dalam bilik asrama dipercayai akibat dibelasah rakan awal pagi tadi.
Mangsa Muhd Nazmie Aizat Muhd Narul Azwan, 17, ditemui warden asrama yang bertugas pada pukul 6.50 pagi dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Polis, Dr Rohan Shah Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada pengarah kolej terbabit.
Menurutnya, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan Hospital Lahad Datu.
“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian tubuh mangsa.
“Punca kejadian adalah daripada perselisihan faham antara mangsa dengan penghuni-penghuni asrama yang lain.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lahad Datu bagi tujuan bedah siasat untuk mengenalpasti punca kematian mangsa,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Sementara itu, Dr Rohan Shah memaklumkan, pihak polis setakat ini sudah menahan 13 pelajar lelaki
berusia 16 dan 19 tahun dan merampas pengecas telefon pintar.
“Setakat ini, polis telah mengesan tujuh saksi bebas untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikuti Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. -KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source