Suasana Raya Lebih Gempak Di Sunway Mall Dengan Tema Gaya Riang Raya, Macam Beraya Di Oversea!
“Alamak, Raya lagi, kuih raya tak jadi-jadi, kelam-kabut anyam ketupat, rendang hangus dalam kuali” … Dengar sahaja lagu nyanyi dari kumpulan De Fam lalu di media sosial auto otak terfikir bab raya! Vibe raya tu dah datang guys, lagi-lagi bila masuk mall hampir semua peniaga mula menjual kelengkapan raya. Lagi lah berkobar-kobar nak beraya tu!
Tapi kalau korang nak rasai vibe raya yang betul-betul macam di oversea korang singgah mana-mana Sunway mall. Setiap Sunway Mall melancarkan kempen Gaya Riang Raya. Memang kali tu betul-betul awesome!
Pelancaran Gaya Riang Raya baru-baru ini bertempat di Sunway Putra Mall di Ruang Legar Utama, Aras Bawah berkonsepkan ‘Souk’ iaitu bazar ala Arab.
Lebih menarik lagi pelbagai bazar dan fabrik yang berwarna-warni menghiasi Ruang Legar Utama pusat beli-belah tersebut dan korang juga dapat berkongsi kemeriahan dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti bertema kebudayaan dan pastinya menyeronokkan di pusat-pusat beli-belah Sunway yang lain juga.
Pusat beli-belah Sunway bawa pengalaman serba interaktif yang unik
Setiap Sunway Mall berlainan dekorasinya. Jadi korang boleh atur Sunway Mall untuk dapat cipta kenangan di setiap dekorasi Sunway Mall. Baru lah meriah gambar media sosial korang nanti.
Sebagai contoh di Sunway Pyramid menampilkan Gaya Photo Booth di mana setiap pengunjung dapat mengambil gambar dan mencetaknya untuk dijadikan kenangan.
Manakala Sunway Velocity Mall membawakan Pencahayaan Interaktif di Atrium Utama, menambah satu lagi dimensi keseronokan buat pembeli-belah.
Di Sunway Putra Mall pula,korang dapat meneroka Pameran Tembikar menerusi sebuah Terowong Pengalaman, memperagakan seni tembikar buatan tangan oleh Touch of Clay.
Jangan tak tahu, Sunway Big Box Retail Park mengajak korang untuk mengamati Sensory Gaya Lava Land, sebuah pengalaman serba imersif dan juga mesra autisme untuk merangsang deria semua pengujung.
Aktiviti Yang Padat Dan Menarik Sepanjang Kempen Berlangsung
Pelbagai program dan aktiviti-aktiviti menarik di pusat membeli-belah Sunway akan berlangsung sehingga 22 April 2024 untuk dinikmati seisi keluarga.
Dari bengkel kraf tangan hingga ke persembahan yang memukau, jangan lepaskan peluang untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama insan tersayang sambil mengukir kenangan yang bermakna.
Setiap pusat beli-belah akan menawarkan item penebusan yang unik buat korang semua. Termasuk Sampul Gaya Raya eksklusif yang digubah oleh artis tempatan Nas Suha untuk seluruh Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway.
Lebih unik lagi, siap ada bekas kaca dan mangkuk tingkat di Sunway Putra Mall, Set Kembara Getha di Sunway Pyramid, dan pelbagai ganjaran menarik yang lain di Sunway Velocity Mall, Sunway Carnival Mall dan Sunway Big Box Retail Park.
Bukan itu sahaja, ahli Sunway Super App juga dapat meraih Sehingga 30X mata ganjaran melalui sesi “shopping Raya”, ini sekaligus menjadikan pengalaman membeli-belah lebih berbaloi di pusat beli-belah Sunway.
Jadi tunggu apa lagi, ayuh terjah Sunway Mall berdekatan korang sekarang! Maklumat lanjut layari laman sesawang setiap pusat beli-belah Sunway!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source