‘Sokong kerajaan integrasi golongan daif’ – Nancy
KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri menyeru rakyat menyokong kerajaan membantu golongan daif dan kurang bernasib baik.
Beliau berkata, walaupun negara mencapai kemajuan dalam pelbagai aspek, namun masih terdapat segelintir komuniti yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
“Kementerian bertanggungjawab mencapai kemasyarakatan inklusif supaya golongan papa, kurang upaya, ibu tunggal dan terpinggir dapat diintergrasikan dalam masyarakat.
“Tidak dinafikan rakyat Malaysia juga pemurah dan sentiasa bersedia membantu golongan berkenaan,” ,” ujarnya ketika ditemui di Majlis Amal Iftar Perdana di Kelab Golf Perkhidmatan Awam di sini, hari ini.
Dalam majlis tersebut, seramai 200 orang pelajar tahfiz, ibu tunggal serta keluarga daripada golongan B40 telah diraikan dalam Majlis Amal Iftar Perdana di Kelab Golf Perkhidmatan Awam anjuran Persatuan Sinaran Hidup.
Ia diadakan untuk membawa keceriaan kepada golongan yang memerlukan pada bulan Ramadan ini. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source