Peti besi, barang kemas RM2.1 juta usahawan wanita ditemui di dasar sungai
KUALA LUMPUR – Sebahagian barang kemas serta peti besi dianggarkan bernilai RM 2.1 juta milik usahawan wanita terkenal berjaya ditemukan di dasar Sungai Sembrong, Batu Pahat, Johor.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, kes tersebut diselesaikan selepas empat suspek warga tempatan ditahan Bahagian D4 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, keesokannya.
Jelasnya, kesemua yang berusia antara 22 tahun hingga 36 tahun kemudiannya diserahkan kepada Pihak D4 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, dan direman selama sembilan hari pada 16 Mac lalu.
“Hasil soal siasat mendapati suspek yang ditahan tiada hubungan kekeluargaan dengan usahawan wanita terbabit.
“Pada 19 Mac lalu, suspek lelaki telah membawa pasukan polis dibantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke lokasi barang kemas tersebut dibuang, di Sungai Sembrong, Batu Pahat, Johor.
“Pemeriksaan di kawasan tersebut berjaya menjumpai semula peti besi pengadu di dasar sungai yang mengandungi 4 keping jongkong emas bernilai RM1 juta,” katanya pada sidang akhbar di IPD Wangsa Maju, di sini, hari ini.
Jelas Allaudeen, selain daripada jongkong emas, pihak polis turut menemukan rantai emas (15), gelang emas (14), cincin emas (2), beg berjenama (7), loket emas (1), dan subang emas (1).
Katanya, anggaran keseluruhan nilai barang kemas yang dirampas adalah RM 2.1 Juta.
“Kesemua tangkapan mempunyai 20 rekod lampau babit jenayah dan narkotik serta terlibat dalam beberapa siri kes pecah rumah di negeri Selangor dan Kelantan.
“Modus operandi kumpulan ini menyasarkan ahli perniagaan atau pempengaruh media sosial,”ujarnya.
Tegas Allaudeen, kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat.
Pada 4 Mac lalu, polis menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berhubung kejadian pecah rumah di Padang Balang, Sentul, Kuala Lumpur.
Hasil pemeriksaan mendapati sebuah peti besi yang mengandungi jongkong emas dan wang tunai anggaran lebih kurang RM3 Juta telah dilarikan bersama beberapa buah beg tangan pelbagai jenama serta barangan kemas milik ahli keluarga.
Jumlah anggaran kerugian adalah lebih kurang RM3.5 Juta.
Sehubungan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source