Che Tak percaya penuh, tak pernah periksa telefon suami
KUALA LUMPUR – Meledak isu penyondol membabitkan pasangan selebriti, pelakon Rozita Che Wan berpendapat memang wujud segelintir wanita yang kebulur untuk memiliki hak orang lain.
Malah ujar pemilik nama lengkapnya Rozita Abu Bakar, 51, keadaan itu boleh dikatakan menjadi lumrah bahawa golongan wanita suka melihat kaumnya sendiri jatuh dan terluka.
“Macam ni, perempuan kalau dah memang suka hak orang, gasak macam mana pun tetap nak rampas, selalunya hanya wanita yang akan menyakiti hati perempuan lain, itu saja saya boleh cakap.
“Kebanyakan orang terdekat dengan kita adalah individu yang akan merampas hak kita sebab dia tahu kehidupan, keadaan dan harta benda suami kita, jadi hati-hatilah.
“Macam saya tiada kawan perempuan, semua pondan, jangan salahkan sebelah pihak, salahkan kedua-dua. Saya sangat setuju kalau nak boikot penyondol, sesuai muka dia,” katanya kepada Kosmo! Online.
Ditanya sama ada dia memeriksa telefon bimbit suaminya yang juga pelakon, Zain Saidin, aktres yang mesra disapa Che Ta itu menggeleng kepala seraya menegaskan meletakkan kepercayaan terhadap Zain Saidin.
“Saya memang percayakan Zain, begitu juga sebaliknya. Masing-masing tahu batasan sebagai individu yang sudah berkeluarga.
“Saya memang tiada masa nak periksa mesej di telefon suami, tetapi dia tahu saya akan melenting kalau dia buat yang bukan-bukan.
“Saya dah beritahu dia siap-siap, kalau ada orang sampaikan maklumat dan ‘kantoi’, maka cukuplah setakat itu, tiada penerangan yang saya akan terima,” ujarnya pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Asnaf, baru-baru ini.
Paling utama kata Che Ta, sebagai pelakon, perlu ada batasan antara heroin dan hero apatah lagi yang sudah berumah tangga supaya terbit rasa hormat, selain mengelakkan perkara tidak diingini.
Pada 9 Mac lalu, netizen kecoh apabila pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di kediaman wanita terbabit yang membawa kepada tuntutan cerai Bella Astillah pada 11 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source