‘Bawa usul tingkatkan hukuman kepada penghina agama ke Parlimen’
NIBONG TEBAL : Pergerakan Pemuda UMNO akan mengemukakan cadangan kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti untuk membawa usul meningkatkan hukuman terhadap individu yang menghina agama ke Parlimen.
Ketuanya, Dr. Muhammad Akmal Salleh berkata, ketika ini, siasatan berhubung isu menghina agama dibuat di bawah Seskyen 298 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum iaitu penjara sehingga lima tahun.
“Oleh itu, dalam tempoh terdekat ini, saya akan cadangkan kepada MKT supaya dapat minta Ahli Parlimen kita bawa usul untuk mengetat serta memberatkan lagi hukuman kerana hukuman penjara yang sedia ada ini tidak cukup.
“Mungkin ia juga boleh ditambah dengan hukuman sebat selain penjara atau denda supaya boleh bagi pengajaran kepada mana-mana pihak agar jangan bermain dengan isu sensitif dalam negara kita.
“Ini kerana, jika nak jaga keharmonian antara kaum, semua kena faham bagaimana nak jaga sensitiviti antara kaum (juga),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Santuni Kasih Ramadan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) di Masjid Jamek Al-Amin Simpang Tiga, di sini, malam tadi.
Selain Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, majlis itu turut dihadiri oleh Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek serta Pengerusi PERDA, Datuk Dr. Shaik Hussein Mydin.
Pada 13 Mac lepas, tular di media sosial berkenaan isu stoking tertera kalimah ‘Allah’ yang dijual di KK Mart Bandar Sunway, Selangor selepas gambar produk itu dimuat naik oleh pengguna.
Sehubungan itu, pasar raya berkenaan iaitu KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) pada Sabtu lepas dilaporkan telah memohon maaf berhubung penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah ‘Allah’, di beberapa cawangan kedai serbaneka berkenaan.-UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source