Perbincangan isu peruntukan ahli Parlimen pembangkang dalam masa terdekat – Fadillah
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengadakan pertemuan bersama Ketua Whip serta wakil parti pembangkang dalam masa terdekat bagi membincangkan mengenai isu peruntukan.
Menurut beliau, perbincangan melibatkan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang itu dijangka akan dibawa ke mesyuarat Kabinet minggu hadapan.
“Saya kena bertemu dengan Ketua Whip Perikatan Nasional (Datuk Seri Takiyuddin Hassa) dahulu, kena bincang yang itu dahulu. Kemudian akan dapat hala tuju daripada Kabinet dan kalau perlu perbincangan lanjut maka kita akan bentuk ‘team’ untuk membuat perundingan.
“(Bila dibawa ke Kabinet?) mungkin minggu depan, insyaAllah. Saya kena jumpa semua dahulu,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama warga kementerian di sini hari ini.
Fadillah berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pertemuannya dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Takiyuddin serta Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di Parlimen semalam.
Jelas beliau, pertemuan yang berlangsung itu membincangkan mengenai pelbagai perkara termasuklah isu berkaitan peruntukan.
“Itu hanya majlis pertemuan, macam-macam dibincangkan (peruntukan) salah satunya,” ujarnya.
Ahad lalu, media melaporkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perbincangan yang melibatkan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang, sepatutnya diadakan pada 12 Mac lepas.
Pada Titah Diraja sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2024 di Istana Negara semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan harapan agar perhatian dan peruntukan dibahagikan secara saksama kepada semua bandar di 13 negeri seluruh Malaysia.
Seri Paduka Baginda bertitah sekiranya semua negeri dapat dibangunkan bersama, penghijrahan penduduk ke pusat bandar raya dapat dikurangkan dan kesesakan akan lebih terkawal. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source