Zarina Zainuddin Doakan Bella Astillah & Aliff Aziz Bersatu Semula
Pelakon Zarina Zainuddin berkata perpisahan antara pasangan selebriti, Bella Astillah dan Aliff Aziz hanya sementara untuk mereka mengenali diri sendiri.
Memetik Harian Metro, Zarina berkata tidak mustahil untuk mereka rujuk semula jika bercerai kerana anak. Katanya, jika berlaku perceraian ketika itu mungkin masing-masing mempunyai tempoh untuk muhasabah diri.
BACA: Zarina Zainuddin Sedih Marissa Dania Jadi Isteri Nombor Dua
“Orang yang 10 tahun kahwin bercerai pun selepas itu ada yang rujuk balik sebab keserasian antara mereka kuat. Jadi, kita tak boleh kata dia bercerai lepas itu jadi sebaliknya.
“Mungkin bercerai itu untuk mereka mengenali diri sendiri. Misalnya, Bella fikir Aliff tak perlu ada dalam hidup dia dan begitu juga sebaliknya. Masa itu masing-masing baru tahu kekurangan yang ada dan muhasabah diri.
“Mungkin dengan cara berpisah sekejap akan membuatkan salah seorang mereka saling merindu serta saling memerlukan,” katanya.
Sementara itu Zarina berkata jika berlaku perceraian sudah pasti anak-anak akan menjadi mangsa serta mendoakan Bella dan Aliff bersatu semula.
“Bella kalau sayangkan Aliff, sayangkan anak-anak, dia kena buat pengorbanan. Memang kadang-kadang banyak yang menghasut supaya bercerai, buat apa hidup dengan lelaki sebegitu.
“Sebenarnya Bella sendiri yang tahu Aliff macam mana. Kenapa dulu dia boleh terima Aliff. Sekarang Bella nekad bercerai, bagilah dia cerai dulu. Nanti kemudian Bella kena fikir mana yang terbaik untuknya,” katanya.
Dalam pada itu, Zarina berkata dia tidak suka orang yang bercerai dan jika boleh pertahankan rumah tangga. Katanya lagi, kita tidak tahu apa sebenarnya terjadi ketika Aliff ditangkap berdua-duaan.
“Tak dapat apa pun bercerai. Kalau kita boleh bertahan, pertahankan rumah tangga kita, pertahankan maruah suami kita. Kita tak tahu betulkah dia buat benda tak elok. Jadi tak boleh nak nilai macam-macam. itu adalah antara dia (Aliff) dan Allah saja.
“Kita tak berada di situasi mereka. Memanglah mereka kena tangkap berduaan. Tapi kita tak tahu, tak nampak apa yang mereka buat dalam rumah itu.
“Betulkah mereka buat sesuatu? Atau sedang berbincang, berbual sambil tengok TV, itu kita tak tahu. Ia berlaku sebab mereka kawan rapat dan ‘shooting’ sebagai hero dan heroin. Tapi tak tahulah kalau mereka ‘terbercinta’ kerana itu di luar kotak fikiran kita,” katanya.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source