“Jika Suami Ditangkap Khalwat, Isteri Perlu Tenang Sebelum Buat Keputusan”
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata isteri yang berdepan isu rumah tangga apabila suami mereka ditangkap khalwat perlu banyak bersabar dan kekal bertenang.
Memetik Malaysia Gazette, Dr Zulkifli berkata keputusan yang dibuat ketika sedang marah kebiasaannya kurang tetap serta menasihatI mereka yang ditimpa ujian untuk solat dan meminta pengalaman daripada mereka yang berfahaman baik.
BACA: “Hukum Cium Hajar Aswad Haram Jika Membahayakan” – Dr Zulkifli
“Dalam isu yang pertama sekali sebagai orang isteri, beliau bersabar. Yang kedua, tenang sebab hukum buat keputusan ketika marah maka kurang tepat biasanya.
“Jadi untuk elak ini tenang dulu, bila hati sudah sejuk buat solat kepada tuhan, timbang tara untuk anak dan suami serta ambillah keputusan selepas ditanya orang-orang yang berpengalaman, berfahaman baik dan matang untuk boleh keputusan yang baik.
“Sebab yang pertama manusia tiada yang maksum, semua kita banyak salah silap, besar kecil depan belakang orang dan sebaik-baik bertaubat kepada Allah. Kita tidak perlu pertahan apa-apa, terangkan apa tetapi kembali kepada Allah,” katanya.
Terdahulu hangat diperkatakan mengenai pelakon dan penyanyi Aliff Aziz yang ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium di Kuala Lumpur. Sementara itu, isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya.
SUMBER: Malaysia Gazette
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source