Penjual ayam dicekup polis cetak wang palsu
JAKARTA – Seorang penjual ayam di Malang, wilayah Jawa Timur ditangkap polis selepas dia didakwa mencetak dan menjual wang tunai palsu, lapor laman berita TribunJatim semalam.
Lelaki bernama Rangga itu mengaku mencetak wang palsu tersebut selepas belajar menerusi platform YouTube.
Dia kemudian menjualnya menerusi laman Facebook miliknya dengan pembayaran dibuat setelah ia sampai kepada pembeli.
Rangga berkata, dia melakukan perbuatan itu dengan bantuan isterinya yang bertindak memotong lembaran kertas wang palsu tersebut.
Penjual ayam itu bagaimanapun menggunakan pencetak kertas bagi menghasilkan wang dan mengaku melakukan perbuatan itu kerana mahu mendapatkan duit dengan cepat.
Kegiatan Rangga akhirnya terbongkar apabila seorang pembeli wang itu, Inamul Hasan Abdullah ditangkap kerana disyaki menggunakannya untuk membayar tempahan bilik hotel di Kalibokor, Surabaya.
“Saya berasa sangat menyesal. Apatah lagi selepas polis memberitahu bahawa membuat wang palsu (jika disabit kesalahan) boleh dihukum penjara 15 tahun,” katanya.
Rangga mengaku dia sudah mencetak wang palsu dengan nilai keseluruhan sebanyak 222 juta rupiah (RM66,687) sejak dua bulan lalu. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source