Polis minta bantuan orang ramai kesan Nurul Aishah
PUTRAJAYA – Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang hilang sejak 9 Mac lepas.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, wanita dikenali sebagai Nurul Aishah Abdullah, 20, dilaporkan hilang dari rumah di Dwiputra Residensi, Presint 15 kira-kira pukul 1 tengah hari pada hari kejadian.
“Kejadian itu berlaku dipercayai akibat merajuk dan kita minta komuniti bantu kesan bersama polis serta ahli keluarga,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Dalam pada itu beliau berkata, setakat ini pihaknya mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai orang hilang.
Terdahulu media melaporkan, Nurul Aishah keluar rumah selepas berlaku perselisihan faham dengan ahli keluarga.
Ibunya, Nurul Izzah Lenny Abdullah Mathius, 43, berkata, anaknya keluar berjalan kaki pada hari kejadian, dengan tidak membawa kad pengenalan dan telefon bimbit sehingga sukar untuk dihubungi.
Beliau berkata, ahli keluarga juga bimbang dengan keselamatan wanita itu kerana dia tidak mempunyai kawan dan seorang yang pendiam.
Katanya, ketika meninggalkan rumah, Aishah juga tidak membawa pakaian dan duit yang menyukarkan dirinya untuk berada lama di luar. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source