Ruhainies Sedia Berbincang Dengan Bella Astillah
Pelakon Ruhainies akhirnya tampil menjelaskan situasi berlaku susulan kes ditangkap khalwat dengan aktor Aliff Aziz pada Sabtu minggu lalu serta mengakui kekhilafannya disisi agama.
Menurut Ruhainies lagi, dia dan Aliff hanya kawan biasa sahaja serta memohon maaf kerana membiarkan perkara tersebut berlarutan tanpa kenyataan.
BACA: Ruhainies Tampil Cerita Situasi Sebenar, Harap Bella & Aliff Tak Berpisah
“Walaupun kakak saya datang atau apa, saya mengakui kekhilafan saya disisi agama kerana berada dalam situasi itu yang mana sekaligus menimbulkan syak wasangka yang seharusnya dapat dielakkan.
“Saya ingin menegaskan bahawa dan saya Aliff hanya kawan biasa dan bekerjasama dalam drama yang sedang kami bintangi.
“Saya ingin memohon maaf kerana membiarkan perkara ini berlarutan tanpa kenyataan dan menyebabkan beberapa pihak memanipulasikan pelbagai fakta yang tidak benar dan tidak tepat,” katanya.
Dalam pada itu, Ruhainies berkata dia bersedia untuk berbincang dengan Bella Astillah apabila aktres itu sudah bersedia serta sayangkan persahabatan mereka.
“Saya sayangkan persahabatan saya dengan Bella dan saya harap agar dia dan Aliff tidak berpisah. Saya juga bersedia untuk berbincang dengan Bella apabila dia sudah bersedia.
“Mungkin ada pihak yang akan memilih untuk tidak percaya kenyataan saya. Namun saya tak boleh memaksa sesiapa untuk percaya. Saya cuma ingin jelaskan situasi yang berlaku,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source