“Saya Tak Lupakan, Ada Lagi..” – Izara Aishah Belum Sedia Bersara Berlakon, Fokus Dahulu Pada Bisnis Fesyen
Aktres jelita Izara Aishah memaklumkan dirinya akan menjadi lebih strict dalam menerima tawaran berlakon untuk sesebuah filem atau drama. Menurutnya, tahun ini dia akan lebih fokus untuk menguruskan perniagaan jenama fesyen miliknya berbanding terlibat dalam dunia lakonan.
Tumpukan perhatian pada perniagaan
Berdasarkan kenyataan pelakon ini, dia hanya akan memilih tawaran yang menepati pilihannya sahaja. Katanya, dirinya juga perlu melebihkan perhatian kepada perniagaan buat masa kini.
Tambahan pula, Izara menjelaskan perniagaannya itu baru sahaja ditubuhkan. Kerana itu, aktres ini mendahulukan bisnisnya.
Tahun ini saya sangat sibuk dengan perniagaan saya iaitu jenama fesyen saya sendiri.
Saya hanya buat filem sekarang ini, dan drama hanya drama yang proper sahaja saya akan buat, InsyaAllah. Tapi buat masa sekarang belum lagi.
Saya mahu tumpukan perhatian kepada perniagaan saya sebab ia baru saja ditubuhkan jadi memang kena beri sepenuh perhatian.
Ada kriteria tertentu
Pada masa yang sama, Izara turut berkata di masih lagi belum meninggalkan dunia lakonan sepenuhnya. Ada juga penerbit yang menawarkan projek kepadanya, namun ditolak atas sebab tertentu.
Selain itu, ibu kepada dua cahaya mata ini juga mendedahkan kriteria watak yang ingin dibawa satu masa nanti.
Saya tak lupakan, ada lagi. InsyaAllah nanti pasti ada tawaran untuk saya.
Ada penerbit yang selalu tawar, tetapi saya terpaksa tolak sebab saya ada beberapa perkara lain. Sebab itulah saya kurangkan sikit karier lakonan.
Saya suka galas watak-watak yang berkisarkan tentang cerita sebenar, jadi kalau dapat watak sebegitu saya akan terima.Tapi saya suka cerita bergenre keluarga berbanding cinta.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source