Bahagia Bermadu, Ezlynn Nak Cukupkan ‘Empat Kuota’
Penyanyi Ezlynn mengkaui bahagia genap menjalani kehidupan berpoligami selepas suaminya, Wan Mohd. Hafizam bernikah dengan seorang doktor pada Mac tahun lalu.
Memetik Kosmo, Ezlynn berkata isteri kedua berusia 26 tahun itu adalah pilihan hati suaminya dan dia bakal berpindah ke Kedah supaya lebih dekat dengan madunya.
BACA: Reda Bermadu, Ezlynn Dedah Suami Kahwin Lagi Pada Mac Tahun Lalu
“Suami sendiri dipertemukan dengan seorang wanita muda, masih solo dan berkerjaya sebagai doktor di sebuah hospital di utara tanah air.
“Saya terus bagi lampu hijau sebaik sesi perkenalan kami kerana yakin calon madu saya kena dengan cita rasa suami selain mempunyai keperibadian baik.
“Alhamdulillah, kami menjalani kehidupan yang bahagia, malah saya bakal berpindah ke Changlun, Kedah supaya lebih dekat dengan madu,” katanya.
Menurut Ezlynn, pada awalnya giliran bermalam ditetapkan tiga hari, namun disebabkan jarak lokasi tempat tinggal dimana madunya tinggal di Perli, suami bergilir selang seminggu.
“Seorang di Lembah Klang, seorang di utara jadi selepas berbincang, saya bakal berpindah ke Kedah agar memudahkan kami dari segi logistik.
“Sebenarnya seawal perkahwinan lagi saya memang utamakan kebahagiaan suami sehingga pernah merancang mencukupkan kuota poligami empat orang untuknya.
“Memang ramai wanita marahkan saya dalam hal poligami ini, tapi kalau bermadu ini boleh mengharmonikan rumah tangga, apa salahnya. Suami pun bukan milik saya sahaja, dia hak Allah,” katanya.
Untuk rekod, Ezlynn berkahwin dengan Wan Mohd. Hafizam yang juga penderma hati pertama negara pada 11 September 2021.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source